Site icon Kool FM

Kastam rampas rokok seludup bernilai RM4.35 juta


Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad, berkata rampasan pertama sebanyak dua juta rokok dan rampasan kedua, 3.9 juta rokok.

PETALING JAYA: Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad, berkata dalam rampasan pertama pada 22 Feb, dua juta batang rokok putih dibuat selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang tidak berpenghuni di Seri Kembangan.

“Menerusi serbuan ini, kita temukan dua juta batang rokok dianggar bernilai RM1.33 juta. Semua barang rampasan telah disita dan dibawa ke Stor Penguatkuasaan Pelabuhan Utara untuk siasatan lanjut,” katanya menurut Bernama pada sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

Beliau berkata, rampasan kedua pada 29 Feb pula dilakukan menerusi satu serbuan terhadap sebuah lori di Lebuhraya Karak–Kuala Lumpur, yang berjaya menemukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version