“Kata kata satu doa.”
Ungkapan di atas sering kali kita dengar dan perkara ini dapat dibuktikan menerusi perkongsian seorang guru di laman Facebooknya.
Hantaran Puan Fariza itu menyatakan bahawa dia melakukan eksperimen bersama anak murid dengan menggunakan bunga.
Baca juga: [VIDEO] Memang Luar Biasa! Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup
KATA KATA SATU DOA, CIKGU BUAT EKSPERIMEN GUNA BUNGA

Jelasnya, idea ini timbul apabila anak murid kelasnya suka menggunakan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan telinga. Jadi, setiap kali datang ke makmal sains, dia akan menyuruh pelajarnya untuk memuji pokok A dan mengeji pokok B.
“Setiap kali jiwa mereka tak tenteram, saya suruh mereka hamburkan dekat pokok B,” luahnya.
Akhirnya selepas 2 hingga 3 bulan kemudian, hasilnya adalah pokok A berbunga subur dan segar. Manakala pokok B daunnya seperti terkena penyakit dan tidak subur.
Ini baru pokok, lagi kan pula kalau kita puji manusia, pasti kembang dan subur hatinya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: