Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kata Nak Beri Wang’- Suami Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Di Depan Anak Bikin Netizen Berang

today15 December 2021

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang berada dalam kereta bersama anak-anaknya. Lelaki tersebut dipercayai suami kepada tersebut dan tindakan lelaki itu yang menakutkan menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian wanita tersebut, Amira Nabila di Facebook miliknya, dirinya dan suami dalam proses penceraian dan tidak tinggal bersama sejak April lalu. Menurutnya, dirinya hanya membuka tingkap sedikit kerana sebelum ini suaminya itu pernah membawa lari dokumen miliknya.

Tambahnya, suaminya itu dikatakan mahu memberikan wang pada anaknya tetapi sebaliknya yang berlaku. Kejadian ini terjadi ketika dia mahu pergi kerja.

Malah, dia mengatakan bahawa pernah diugut suaminya dimana keretanya mahu diambil dan mahu dibakar. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi