Menurut laporan New York Post, katil anti-maksiat akan digunakan sepanjang sukan Olimpik berlangsung bagi mengelakkan atlet berasmara.
Katil itu dikeluarkan oleh Airweave, iaitu bersaiz berkembar dibuat daripada bahan kitar semula, sejajar dengan mesej utama acara itu yang mahu menjaga alam sekitar.
Pengarah kecemerlangan alam sekitar untuk jawatankuasa penganjur, iaitu Georgina Grenon menyatakan harapan bahawa usaha Paris 2024 akan menunjukkan inisiatif yang lebih mesra alam.
Difahamkan, sebelum ini tular beberapa cerita tentang aktiviti ranjang yang dilakukan atlet di Perkampungan Olimpik.
Maka, terciptalah katil anti-maksiat ini yang bertujuan untuk mengelak atlet daripada terlalu selesa dan mengurangkan kemungkinan aktiviti seksual di Perkampungan Olimpik.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: