Site icon Kool FM

“Kau Tu Haji, Tetapi Pergi Menjahanamkan Periuk Nasi Orang Untuk Apa?”


Dato’ Awie atau Awie Wings membidas tindakan Eddy Badry yang terus berdegil menggunakan nama Real XPDC untuk meraih keuntungan daripada persembahan dengan lagu lagu XPDC.

Sebelum ini pengurus kumpulan rock XPDC KPY, Bro Yazid memberikan amaran kepada Real XPDC bahawa hanya ada 2 nama dibenarkan oleh Life Records untuk menggunakan nama XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia.

Namun kenyataan itu dibidas Eddy Badry yang menyatakan bahawa dia berhak kerana XPDC dan Real XPDC adalah kumpulan yang diasaskannya.

Kemudian tampil pula Azmey yang mendakwa bahawa Real XPDC sudah lama berkubur kerana nama itu tidak dibenarkan sebelum ini dan terpaksa ditukar kepada Real X.

Azmey mendakwa, dia dan Mael adalah orang yang mengasaskan Real XPDC, dan menegaskan bahawa Real XPDC yang sebenar sudah tidak ada sambil meminta Eddy Badry menunjukkan dokumen bukti dia sebagai pengasas.

Eddy Badry membidas kenyataan itu dengan menyatakan dia ada segala bukti dan hanya akan menunjukkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version