Site icon Kool FM

Kawalan Keselamatan Dipertingkatkan, Piala Sumbangsih Tetap Diteruskan

Piala Sumbangsih


Perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini akan tetap diteruskan.

Perkembangan terkini itu disahkan oleh penganjur saingan Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) sebentar tadi menurut satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

Baca Juga:

Aksi pembukaan tersebut menjadi tumpuan selepas Selangor membuat permohonan untuk menangguhkan perlawanan tersebut atas faktor kebimbangan mengenai tahap keselamatan pasukan susulan insiden yang dialami pemain mereka, Muhammad Faisal Abdul Halim.

Namun, MFL tetap dengan pendirian untuk meneruskan aksi tersebut bersandarkan kepada jaminan keselamatan yang akan dipertingkatkan oleh pihak berkuasa.

“MFL ingin menyatakan rasa simpati dan kesal di atas insiden yang menimpa tiga pemain Liga Malaysia Akhyar Rashid (Terengganu FC), Faisal Halim (Selangor FC) dan Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim).”

“Jelas insiden berasingan ini menggemparkan negara khususnya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version