Site icon Kool FM

Kawan Alif Satar Jelaskan Kes ‘Nyanyi Kat Gereja’


Kawan kepada Aliff Satar telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan penyanyi itu yang dituduh menyanyi di gereja.

Alif Satar menerima banyak kritikan daripada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan penyanyi itu membuat persembahan di gereja menurut mereka.

Kawan kepada Aliff Satar, Zaidan Zainuddin tampil menjelaskan perkara itu dan menyatakan bahawa Alif Satar bukannya bodoh dalam memilih venue tempat dia membuat persembahan.

Zaidan turut membidas netizen yang menurutnya terlalu cepat melatah.

Zaidan berkata: “Orang kita cepat melatah, Isu alif buat concert kat gereja. Hangpa tau dak gereja yg event organizer sewa ni adalah Community center/event space yang memang untuk disewakan.

“Masa aku pi hari recce sebelum concert day ada ramai kids kat tengah-tengah space ni, depa tengah ada nursery session. Rasa macam pelik la juga, ni gereja ke dewan?

“Mula-mula aku sampai, adalah rasa terkejut buat show sini tapi bila tau tempat ni memang event space dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version