Pemilik kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dalam sidang media hari ini mengakui pasukannya mengalami masalah tunggakan gaji sehingga menjejaskan prestasi dalam saingan Liga Super.
Artikel Berkaitan:
“Saya ingin memohon maaf kepada jurulatih pasukan Liga Super, Nafuzi Zain, barisan kejurulatihan, semua pegawai, staf dan pemain serta ahli keluarga mereka atas masalah kewangan atau lebih tepat lagi masalah aliran tunai yang sedang dihadapi oleh KDA FC yang telah menyebabkan masalah tunggakan gaji.
“Dan ini juga mengakibatkan persembahan pasukan yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini.
“Dalam konteks ini, saya juga minta maaf kepada penyokong dan peminat atas segala kelemahan KDA FC yang mengakibatkan persembahan yang kurang mengujakan.
“Sebagai pemilik saya ambil tanggungjawab sepenuhnya masalah kewangan yang dihadapi KDA FC, sebuah kelab bola sepak yang diswastakan sepenuhnya sejak Ogos 2022 tidak ubah seperti menguruskan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
