Site icon Kool FM

KDA FC Dapat Tajaan 6 Angka Daripada Broker Forex?

Tajaan KDA FC


Tajaan enam angka yang diterima oleh kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA FC) menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Seorang broker Forex, Dato’ Royfaizal Razali Chong telah mengeluarkan kenyataan di media sosial mengenai tajaan sebanyak RM300,000 kepada KDA FC selepas melakukan pertemuan bersama pemilik kelab iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar.

Baca Juga:

Beliau berharap tajaan yang diberikan dapat membantu mengurangkan beban masalah tunggakan gaji pemain walaupun sedar jumlahnya tidak mencukupi.

“Apabila berbual dengan Tan Sri, orangnya sangat ramah dan komited berusaha mencari penaja memberi suntikan dana kepada kelab dan dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku ketika ini.

“Secara peribadi, saya tahu RM300,000 tak mampu untuk menyelesaikan semua masalah yang ada, tetapi saya percaya ianya mampu untuk mengurangkan sedikit sambil berdoa ada lagi penaja yang tampil ke depan,” katanya menerusi laman sosial…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version