Kool FM

KDA FC Umum Jawatankuasa Pemulihan Khas, Fokus Pulihkan Kredibiliti Kelab


Musim 2024/25 akan dikenang sebagai antara musim paling mencabar dalam sejarah penubuhan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Dari segi prestasi di atas padang, kekangan kewangan hingga isu pengurusan, ia membuatkan kelab dari utara tanah air ini diuji dari segenap sudut.

Baca Juga:

Di sebalik segala tekanan dihadapi, pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar tampil menitipkan penghargaan terhadap semangat juang buat seluruh warga kelab yang tetap utuh hingga ke akhir musim.

KDA FC
Kredit Foto: KDA FC

Dalam usaha mengemudi semula hala tuju kelab, Mohd Daud turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Khas iaitu satu entiti khusus yang akan menyelaras proses pembaikan menyeluruh meliputi aspek kewangan, teknikal, pengurusan dan pembangunan akar umbi.

Perkara tersebut didedahkan oleh beliau dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan laman sosial KDA FC, sebentar tadi.

Apa Kata Pemilik KDA FC?

“Musim 2024/25 merupakan antara musim paling mencabar dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version