Menurut laporan Sinar Harian, menterinya iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan telah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian keselamatan teknologi maklumat mendapati dakwaan tersebut tidak benar.
“Dakwaan itu timbul daripada seorang pengguna media sosial, dia pamerkan beberapa MyKad yang dia kata 17 juta, tapi pamer beberapa keping.
“Saya segera semak, pertama dengan JPN bahagian berkenaan yang kedua, dengan bahagian keselamatan teknologi maklumat, kedua-duanya mengesahkan tiada insiden itu,” katanya.
Menurut beliau lagi, kerajaan memberi jaminan berkenaan integriti data terutamanya melibatkan maklumat penduduk di negara ini.
“Kita minta rakyat agar berhati-hati apabila menerima maklumat seperti ini. Mudah sekali sebar apabila tunjuk beberapa keping MyKad lepas tu kata 17 juta, lebih baik tidak disebarkan berita ini,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
