Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KDNK Selangor Cecah RM432.1 Bilion, Terus Kukuh Sebagai Kuasa Ekonomi Malaysia

today10 July 2025

Background
KDNK


Selangor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa utama ekonomi Malaysia apabila mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersejarah berjumlah RM432.1 bilion pada tahun 2024.

Pencapaian ini menandakan lonjakan ketara berbanding RM406.1 bilion pada tahun 2023, menjadikan Selangor satu-satunya negeri yang melepasi paras RM400 bilion untuk dua tahun berturut-turut.

Baca Juga:

Prestasi cemerlang ini mengukuhkan lagi peranan Selangor sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara dengan menyumbang sebanyak 26.2% daripada jumlah keseluruhan KDNK Malaysia, meningkat daripada 25.9% pada tahun sebelumnya.

Ketahanan ekonomi dan momentum pertumbuhan Selangor dibuktikan dengan kadar pertumbuhan tahunan KDNK yang kukuh iaitu 6.3%, mengatasi purata kebangsaan sebanyak 5.1%.

KDNK Selangor
Kredit Foto: Invest Selangor

KDNK Selangor Terus Kukuh

Pencapaian ini mencerminkan asas ekonomi negeri yang kukuh, keyakinan pelabur yang berterusan serta usaha strategik kerajaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post