Site icon Kool FM

Kealpaan Saat Akhir Kecewakan Malaysia, Diikat Pakistan 4-4

Malaysia Pakistan


Malaysia terlepas peluang untuk meraih kemenangan pada aksi sulung kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2023/24 apabila diikat Pakistan 4-4 pada perlawanan yang berlangsung di Gniezno, Poland sebentar tadi.

Pemain negara seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana kehilangan fokus pada suku keempat bagi memberikan peluang buat Pakistan untuk bangkit daripada ketinggalan 1-4.

Nando's

Baca Juga:

Satu keadaan yang hampir sama ketika aksi sulung Piala Sultan Azlan Shah pada awal bulan lalu, namun kali ini Malaysia bernasib baik kebangkitan itu hanya menghadirkan keputusan seri.

Skuad negara tidak menunggu lama untuk membuka jaringan selepas Fitri Saari memisahkan kedua-dua pasukan hasil pukulan penalti strok yang disudahkan dengan cukup baik pada minit keempat.

Tiga minit kemudian, Azrai Aizad Abu Kamal pula meletakkan nama selaku penjaring menerusi pukulan kilas yang gagal diselamatkan penjaga gol Pakistan, Abdullah Ishtiaq…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version