Site icon Kool FM

Keane Mahu Ten Hag Terus Diberikan Peluang Bimbing Man Utd

ten Hag


Legenda Manchester United, Roy Keane berharap agar pengurusan tertinggi The Red Devils dapat memberikan peluang buat Erik ten Hag untuk membuktikan kemampuannya dalam membimbing pasukan.

Musim kedua mengemudi kelab tersebut, ten Hag dilihat masih bergelut untuk meyakinkan banyak pihak terutamanya para penyokong setia mereka.

Baca Juga:

Hal ini kerana Manchester United berdepan musim mendukacitakan apabila sekadar berada di tangga kelapan dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

Selepas mengharungi 36 perlawanan, Manchester mengumpul 54 mata hasil 16 kemenangan, enam keputusan seri dan 14 kekalahan dan lebih pedih mereka berada satu anak tangga di bawah Chelsea yang terumbang-ambing sehingga pertengahan musim.

Sehubungan dengan itu, ten Hag kini kelihatan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya.

Malah, terdapat sumber mengatakan Thomas Tuchel dan Gareth Southgate turut berada dalam radar pasukan, tetapi Keane berpendapat pengendali kelahiran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version