Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih interim Sri Pahang FC, Dato’ Dollah Salleh menghamburkan pujian buat anak buahnya selepas berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas PJ City FC dalam aksi Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya malam tadi.
Lebih manis untuk diulas mengenai kejayaan di laman lawan itu ialah ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut buat Sri Pahang sebaik sahaja dibimbing oleh legenda bola sepak kebangsaan tersebut.
Malah, Sri Pahang turut tidak dibolosi pada ketiga-tiga perlawanan tersebut dimana mereka menewaskan Selangor dan Kedah dengan keputusan 2-0 di Stadium Darul Makmur.
Perlawanan malam tadi menyaksikan Andres Steven Rodriguez Ossa dan Abdul Malik Mat Ariff terus cemerlang dengan menjaringkan gol pada babak pertama menerusi tandukan. Manakala, Manuel Hidalgo mematikan api perjuangan tuan rumah pada minit ke-90 untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: