Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Dr. Zailah Zainudin, memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah serta menjatuhkan maruah keluarganya.
Bakal ambil tindakan undang-undang

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Instagram, ibu kepada Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek itu meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas yang tular sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, keluarga mereka berdepan tekanan akibat penyebaran cerita yang tidak benar di media sosial.
Beberapa hari ini, saya dan keluarga telah melalui ujian yang amat berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka di media sosial.
Sebagai seorang ibu, saya amat sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke tengah-tengah perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.
Apa yang saya harapkan hanyalah ketenangan buat anak-anak dan cucu-cucu saya yang kini turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Lantik peguam

Zailah turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: