PETALING JAYA – Patriots Holding Sdn. Bhd. (Patriots Holding) melancarkan platform e-dagang terbaharu, Kebun Kita yang menawarkan akses pasaran kepada petani tempatan.
Platform tersebut bertujuan untuk menangani jurang perbezaan harga dalam industri makanan tempatan, selain membolehkan petani dan pekebun kecil menjual produk mereka secara terus kepada pengguna akhir ataupun perusahaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Patriots Holding, Jamalee Bashah berkata, antara sebab utama Malaysia belum berupaya mencapai paras sara diri untuk makanan asas adalah ketidakseimbangan antara bayaran yang diterima petani dan apa yang dibayar pengguna.
“Ini tidak sepatutnya terus berlaku kerana petani adalahtulang belakang sebenar industri makanan dan mereka sepatutnya memainkan peranan yang lebih besar dalam menetapkan harga di pasaran.
“Sekiranya golongan petani terus dihimpit kerugian dan menjadi muflis kerana tidak diberi kekuatan untuk meminta apa yang adil bagi mereka, negara pasti terus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
