
Kecederaan dialami memaksa juara dunia dan Sukan Olimpik dua kali, Viktor Axelsen mengumumkan persaraannya daripada kancah badminton antarabangsa pada usia 32 tahun.
Pemain kelahiran Denmark itu mengesahkan keputusan tersebut menerusi kenyataan rasmi di laman Instagram peribadinya, sekali gus menutup satu era gemilang dalam sukan badminton moden.
Sepanjang kariernya, Axelsen dikenali sebagai antara pemain paling konsisten dan berdisiplin dalam sejarah badminton.
Beliau pernah menjulang pingat emas Olimpik 2020 dan 2024 serta muncul juara dunia edisi 2017 serta 2022, selain mengumpul pelbagai gelaran dalam kejohanan utama termasuk deretan kejuaraan dalam Jelajah Dunia BWF.
Gaya permainan yang agresif, fizikal yang mantap serta kekuatan mental menjadikan beliau sukar digugat oleh mana-mana lawan.
Walaupun bersara daripada saingan profesional, Axelsen dijangka terus kekal aktif dalam arena badminton sama ada sebagai mentor, jurulatih atau terlibat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: