Skuad Harimau Malaya tidak mengendahkan tekanan pada penentuan sepakan penalti apabila berjaya mencatatkan kemenangan 5-3 selepas aksi 90 minit terikat 1-1 pada 48th King’s Cup 2022 yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand sebentar tadi.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Kemenangan berharga itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menempah aksi final bertemu Tajikistan yang melakar kejutan menundukkan Trinidad & Tobago, dalam satu lagi aksi sebelum perlawanan ini berlangsung.
Tekanan baik yang dilakukan pemain negara jelas menyukarkan Thailand untuk merencana serangan terutamanya pada babak pertama. Tambahan pula mereka kehilangan pemain kreatif, Chanathip Songkrasin seawal minit ke-14 ekoran kecederaan yang dialaminya.
Situasi tersebut nyata menyukarkan lagi keadaan buat anak buah Mano Polking dan ia memberikan ruang buat jentera tengah Malaysia untuk mengawal keadaan dengan baik.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
