Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Seorang pelajar China di UK dijatuhkan hukuman penjara disebabkan mengintai seorang pelajar Muslim dan menghantar 1kg daging babi ke penginapan universiti wanita terbabit.
Menurut The Telegraph, Kaichen Ma menjadi obses dengan wanita itu selepas mereka dilaporkan meluangkan masa bersama.
Pendakwaraya Matthew Bean memberitahu Mahkamah Durham Crown bahawa kedua-duanya bertemu di sebuah kelab malam pada 30 September tahun lalu dan bertukar nombor telefon.
Mereka dilaporkan keluar bersama ke restoran dan pawagam beberapa hari kemudian. Pada penghujung janji temu itu, lelaki berusia 21 tahun terbabit difahamkan cuba mencium wanita itu dan memegang lengannya ketika dia berjalan pulang ke rumah.
Wanita terbabit memberitahu lelaki tersebut bahawa dia tidak berminat untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Bagaimanapun, wanita terbabit berkata lelaki itu terus mengganggunya dengan menggunakan nombor telefon lain untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: