Site icon Kool FM

‘Kecuali Pergi Kasino Atau Hotel,’ Polis Bantuan Ini Beritahu Alasan Pemandu GT-R Ini Dihalang Masuk Genting Highland Lewat Malam

pemandu


Seorang lelaki yang memandu Nissan GT-R merakam detik dia dihalang daripada memasuki Genting Highland pada waktu malam, semata mata untuk bergambar.

Menurutnya, anggota polis bantuan memaklumkan bahawa kenderaan sports car atau yang sudah diubah suai hanya dibenarkan meneruskan perjalanan sekiranya pemandu mempunyai urusan seperti pergi ke hotel atau kasino.

Lelaki itu membalas dia tidak pergi ke kasino. Hanya mahu naik ke Genting Highland untuk bergambar. Dan ini adalah kali pertama dia mahu bergambar di atas Genting Higland pada waktu malam.

Lelaki itu mengakui dia tidak tahu tentang undang undang di situ. Lalu dia diminta membuat pusingan u dan berpatah balik.

Polis bantuan yang berada di sekatan jalan berkata: “Maaf encik kena patah balik.”

Lelaki pemandu GT-R itu kehairanan. Namun polis bantuan yang bertegas bahawa: “Kalau encik ada urusan pergi hotel atau kasino sahaja boleh naik.”

@muhamedzaidi

Maaflah kita newbie kan… 🤣…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version