Muhammad Syafiq Ahmad mendapat peluang untuk membuktikan kemampuannya selepas dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi menghadapi musim 2024/25.
Ia merupakan kali kedua penyerang berusia 28 tahun itu hadir ke Kedah selaku pemain pinjaman dimana pada musim 2022 beliau beraksi bersama skuad Hijau Kuning itu selama lima bulan.
Baca Juga:
Perkembangan terkini mengenai kehadiran Syafiq itu disahkan KDA FC menerusi pengumuman rasmi yang dibuat di laman sosial kelab tersebut.
“KDA FC dengan bangga mengumumkan kepulangan Muhammad Syafiq Ahmad ke pangkuan pasukan Sang Kenari di musim 2024-2025.”
“Dengan persetujuan bersama kedua-dua kelab, status pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC, pihak pengurusan KDA FC menjunjung kasih dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Johor memberi persetujuan untuk pemain kelab tersebut mewakili KDA FC musim ini.”
“Tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain yang cukup prolifik dengan tandukan padu di Liga Malaysia dan peringkat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: