Buat pemilik bisnes yang berkait dengan penghantaran dan seumpamanya, pasti akan terasa dengan kenaikan harga diesel yang diimplementasi baru-baru ini.
Namun, tindakan sebuah kedai kopi terkenal yang turut menaikkan harga menu kopi mereka ekoran harga diesel meningkat telah mengundang persoalan di kalangan netizen di media sosial.
Menerusi siaran notis yang dimuat naik di Facebook, kedai Kopi Hainan memaklumkan bahawa mereka cuba sedaya upaya untuk mengekalkan penawaran sedia ada namun terpaksa menaikkan harga jualan kopinya susulan kenaikan kos semasa.
“ Mewakili pihak Kopi Hainan HQ, kami dengan berbesar hati ingin merakamkan penghargaan atas sokongan anda yang berterusan terhadap jenama dan produk kami.
“ Pihak HQ Kopi Hainan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan harga jualan. Namun atas faktor kenaikan kos semasa, pihak kami terpaksa melakukan perubahan harga jualan,” ujar wakil kopi Hainan HQ…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: