Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kedai Makan Di Kedah Diberi Notis Lepas Tular Peniaga Jual Gulai Kambing ‘Harga Kayangan’

today20 January 2025

Background


Bagaimanapun, notis itu dikeluarkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah ketika pemeriksaan dilakukan

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata, pihaknya mengesan hantaran Facebook pada Jumaat lalu yang mendakwa kedai makan itu menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.

“Berikutan itu, sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu telah pergi melakukan pemeriksaan lanjut dan bertemu pemilik premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kira-kira jam 11 pagi semalam (kelmarin), pegawai penguat kuasa mendapati premis yang dimiliki warga tempatan berusia 40-an itu menyediakan menu untuk makluman pelanggan dan tanda harga ada dipamerkan,” katanya.

Tambah beliau, premis itu kemudian diberikan Notis Bertulis (NB) bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurutnya, pemilik perniagaan itu perlu mengemukakan maklumat mengenai kos penyediaan dan harga jualan gulai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Luar Negara

Terkejut bunyi bunga api, gajah rempuh pengunjung

Bangkok: Lima pengunjung tapak pameran Palang Merah Nong Bua Lamphu di Thailand cedera selepas dirempuh gajah yang dibawa secara haram oleh pemiliknya ke acara itu dengan tujuan meminta derma. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 January 2025