Sebuah restoran kedai makan di Bukit Jelutong dikecam ramai netizen kerana jawapan yang tidak profesional kepada kritikan pelanggan di reviu Google.
Seorang pelanggan mengkritik ayam goreng yang dimasak rasa masam dan portion lauk sedikit. Kemudian nasi lembik dan tawar, yang dianggap tidak berbaloi untuk menunggu.
Respon daripada pegawai media sosial restoran itu benar benar emosi. Dan menyuruh pelanggan itu jangan datang ke kedai mereka lagi.
Seorang pengguna media sosial yang dipercayai pelanggan yang memberikan kritikan, kecewa dengan cara menjawab oleh kedai makan itu yang dianggap biadap.
Nurul menulis: “Siapa ye pemilik Rumah 8578 ni? Rude-nya jawapan. Pembeli komen untuk improve.
“Sejenis tak boleh terima teguran. Macam kita ni baru lahir je tak pernah makan benda sama yang dia masak tu.
“Dah kalau nasi lembik benyek (bukan lembut ya, saya tahu beza nasi lembut dan nasi lembik macam mana) tu nak puji juga ke?
“Improve la, take note…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
