Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kedai Sentiasa Penuh Ketika Ramadan, Netizen Cadang Pekerja Zus Coffee Diberi Bonus

today31 March 2024

Background


Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, tahun ini rakyat Malaysia dilihat sangat menyokong jenama produk tempatan dan Zus Coffee antara yang terkena tempiasnya.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna di X, beliau berkongsi gambar satu cawangan Zus Coffee di mana pekerjanya bertungkus lumus untuk menyiapkan pesanan daripada pelanggan.

Baca Juga:

Pengguna tesebut turut memberi nasihat supaya elak ke Zus ketika waktu puncak terutamanya waktu moreh kerana pesanan mungkin akan ambil masa untuk disiapkan.

Seorang pengguna X turut berkongsi sebab mengapa Zus Coffee sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika ini. “Mana taknya, Zus banyak gila promo ‘tak masuk akal’. Itu hari time moreh all drinks rm6.60. Diaorang memang nak tapau market share sementara jenama luar kena boikot all out,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu, ramai pengguna X mencadangkan supaya para staf Zus Coffee diberi bonus khas untuk kerja keras mereka sepanjang Ramadan ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post