
Bila anda masuk ke butik In The Right Place di Kampung Baru, ia ibarat anda berada dalam kapsul masa; dekorasinya penuh dengan barangan vintaj dan rare! Namun item utamanya, sepatu buatan tangan dan baju Melayu dengan potongan tradisi yang menjadi tumpuan pengunjung.
Menurut Noor Harman, sandal yang dihasilkannya diperbuat daripada bahan yang berkualiti tetapi mengekalkan harga yang mampu milik untuk semua. Rekaan sandal yang dijual juga mengambil inspirasi daripada rekaan sandal yang pernah disarung rakyat marhaen satu ketika dahulu.
Untuk pakaian di bawah jenama Hermans pula, Noor Harman cuba mengekalan budaya serta potongan dahulu kala supaya selesa dan bergaya. Ada antara model pakaian Hermans yang mengekalkan ciri pesak dan kekek, jenis jahitan yang kini jarang ditemui pada baju Melayu moden.
Butik ini bukan setakat menjual sandal & pakaian, segala barangan yang ada di kedai ini adalah untuk dijual. Bagi pengunjung yang mahu membuat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: