PETALING JAYA – Astaka Holdings Limited (Astaka) pemaju hartanah bersepadu yang berpangkalan di Johor telah bekerjasama dengan anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Berhad (Kimlun) dan juga Seaview Holdings Sdn. Bhd. (Seaviews).
Kerjasama tersebut adalah untuk melaksanakan pembangunan Arden @ One Bukit Senyum (Arden), yang merupakan projek pertama di bawah Fasa 3 One Bukit Senyum.
Projek Arden dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta itu akan melibatkan pembinaan 600 unit kediaman servis premium dan ia dijangka mula dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Fasa pertama One Bukit Senyum, The Astaka telah siap pada tahun 2018 dan ia telah berjaya mengubah latar langit Johor Bahru dengan menara ikoniknya yang setinggi 65 dan 70 tingkat.
Berdiri 1,020 kaki di atas paras laut, The Astaka diiktiraf sebagai pencakar langit kediaman tertinggi di Asia Tenggara, menarik pembeli dari 15 negara termasuk Singapura, Indonesia, China, Hong Kong, Jepun, Jerman, Brunei,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
