
Aksi pembukaan kempen AFC Champions League (ACL) Elite 2026/27 menyaksikan Al Ain mencuri tumpuan dengan membelasah kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr dengan keputusan 4-0.
Wakil dari Emiriah Arab Bersatu itu jelas tidak menghiraukan skuad himpunan bintang diketuai Cristiano Ronaldo tersebut selepas Houssine Rahimi meledakkan dua gol dan masing-masing satu gol menerusi Soufiane Rahimi dan Giorgos Giakoumakis.
Kashima Antlers dari Jepun juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya membelasah wakil Australia, Newcastle Jets 7-1 dengan Aleksandar Cavric mencipta hatrik. Tiga lagi gol disumbangkan oleh Jomare Tokuda, Kyosuke Tagawa dan jaringan sendiri James Delianov.
Shanghai Port pula cemerlang ketika menundukkan Ratchaburi 6-4 dimana pada aksi ini terdapat dua pemain meledakkan hatrik.
Prince Ampem menjaringkan tiga gol buat Shanghai Port manakala pemain import dari Madagascar, Njiva Rakotoharimalala melakukannya buat Ratchaburi.
Juara bertahan ACL…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: