Melaka Titans menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Negeri Sembilan Antlers pada aksi final Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur, malam tadi.
Ia merupakan kejuaraan kedua dimenangi oleh regu yang dibarisi trio berpengalaman Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali itu.
Baca Juga:
Melaka Titans berjaya mengulangi pencapaian dimana sebelum ini mereka menjuarai GP Terengganu dengan menundukkan PDRM Defenders di pentas final.
Dengan kejayaan manis tersebut, Melaka kini mengumpul 64 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga manakala Negeri Sembilan Antlers berada dikedudukan teratas keseluruhan dengan 68 mata.

Tempat kedua pula dihuni PDRM Defenders yang mengumpul 66 mata.
Jurang mata rapat antara pasukan membuktikan saingan pada musim ini lebih menarik untuk disaksikan dengan Negeri Sembilan Antlers mengecapi nikmat selaku juara GP kedua di laman…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: