Perak Bison beraksi cemerlang dihadapan ribuan penyokong sendiri untuk merangkul kejuaraan STL 2025 GP Perak setelah menundukkan Kelantan Warriors 15-11, 15-12 di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam tadi.
Kemenangan penuh makna dihadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah itu turut melonjakkan Perak Bison ke kedudukan kedua keseluruhan.
Baca Juga:

Tambahan 32 mata itu menyaksikan skuad kendalian Dzafril Anuar tersebut mengumpul 108 mata keseluruhan dan hanya ketinggalan empat mata dibelakang pendahulu baharu, Kuala Lumpur Thunder.
Kuala Lumpur Thunder yang menamatkan saingan GP Perak di kedudukan ketiga melonjak ke tangga teratas selepas pendahulu sebelum ini, Negeri Sembilan gagal memungut sebarang mata.
Bomba Fighters akhirnya menamatkan penantian panjang untuk mengutip mata selepas menduduki tempat ke-8 bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: