Kedutaan Indonesia di Malaysia menggesa agar rakyatnya yang tinggal secara haram atau tidak mempunyai permit agar segera mengikuti program balik kampung.
Duta Besar Indonesia untuk Malaysia iaitu Hermono mahu Program Repatriasi Migran 2.0 yang akan bermula hari ini dimanfaatkan dengan baik oleh rakyatnya.
Baca Juga:
“Saya harap, teman-teman yang selama ini ‘kosong’ (ilegal), (menjadi) PATI (pendatang asing tanpa izin) di Malaysia, betul-betul dapat memanfaatkan program ini secepat mungkin,” kata Hermono.

Kedutaan Indonesia Di Malaysia Beri Amaran
Kedutaan Indonesia turut mengingatkan warga Indonesia yang bekerja di negara luar terutamanya supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh negara berkenaan.
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk meneruskan Program Repatriasi Migran 2.0 yang berlangsung dari 19 Mei 2025 hingga 30 Mei 2026 khas untuk Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: