Menerusi video tersebut, kelihatan anggota polis berkenaan sedang menulis beberapa butiran kesalahan pada kertas saman terhadap seorang individu.
Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang warga asing telah mengeluarkan sejumlah wang dan cuba menghulurkan kepada anggota polis tersebut.
Namun, anggota polis itu menolaknya dan memberikan amaran akan menangkapnya sekiranya dia cuba memberikan lagi duit tersebut.
“Simpan, you bagi, saya tangkap. Don’t try give me money okay. You can pay the summons at any police traffic.
“I no need your money. Keep your money. Thank you,” kata beliau dengan tegas kepada warga asing itu,” kata polis itu.
Kejujuran polis berkenaan mendapat pujian ramai yang tidak mudah termakan dengan helah warga asing itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: