Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe menegaskan kehadiran Dion Johan Cools bakal memberikan kestabilan kepada skuad kebangsaan khususnya setelah kehilangan dua khidmat pemain utama di bahagian pertahanan.
Dion akan tiba di Singapura pada Khamis dan beliau tidak perlu menjalani proses kuarantin ekoran persetujuan Malaysia-Singapore Vaccinated Travel Lane (VTL) sekaligus terus menyertai sesi latihan pasukan negara.
Sumber Gambar: FAM
“Saya sudah berkomunikasi dengan Dion dan beliau sudah bersedia untuk beraksi. Pengalaman yang dimilikinya akan membantu beliau untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain.
“Kehadiran Dion juga bakal memberikan kita kestabilan khususnya setelah kehilangan khidmat Aidil Zafuan dan Shahrul Saad,” kata Cheng Hoe.
Aidil dan Shahrul mengalami kecederaan pangkal paha ketika perlawanan menentang Vietnam pada Ahad lalu dan kedua-dua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: