Presiden LaLiga, Javier Tebas berpendapat kehadiran Kylian Mbappe bukanlah merupakan tiket mudah buat Real Madrid untuk mendominasi saingan liga tersebut.
Bintang kelahiran Perancis itu bakal meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada penghujung musim ini dan dikhabarkan Real Madrid bakal menjadi destinasi seterusnya buat beliau.
Baca Juga:
Meskipun masih belum ada pengumuman rasmi tetapi wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano sudah mengesahkan Mbappe bakal menyarung jersi kelab gergasi Sepanyol itu.
Sehubungan dengan itu, Tebas tidak menolak hakikat bahawa kehadiran Mbappe bakal menambah kekuatan Real Madrid kerana berstatus antara pemain terbaik dunia.
Namun, beliau beranggapan tiada jaminan untuk melihat Los Blancos dapat mengungguli semua piala yang dipertandingkan.
“Kylian Mbappe? Di Real Madrid tahun hadapan, musim depan? Oh, dia salah satu pemain terbaik di dunia. Tetapi di Madrid juga sudah ada Vinicius Jr dan Jude Bellingham.”
“Sudah tentu Real…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: