Menurut Harian Metro, kejadian itu menyebabkan aliran air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau menjadi berlumpur.
Bencana ini hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial.
“Pemantauan segera dijalankan berhampiran runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.
“Pemantauan turut dilakukan bersama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
