KUALA LUMPUR – Kejatuhan pasaran saham tempatan pada Jumaat dan awal minggu ini dilihat hanya bersifat sementara, kesan daripada pembetulan kepada kedudukan perdagangan pelabur, sebagai respons daripada perkembangan terbaharu di Amerika Syarikat.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kejatuhan tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia, malah merentasi pasaran-pasaran lain di seluruh dunia.
“Ada beberapa perkembangan yang berlaku, kita nampak unjuran di AS kadar pengangguran sedikit tinggi dan tahap keyakinan menurun, jadi ekspektasinya ialah AS akan memotong kadar faedah.
“Pelabur akan menempatkan semula kedudukan perdagangan yang telah diambil sebelum ini. Ia bersifat jangka pendek, kadang-kadang lebihan pembetulan akan berlaku dan kita nampak hari ini Bursa Malaysia sudah kembali naik.
“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting dan dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia memang kuat, kita berada di landasan baik dan insha-Allah akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
