Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kejatuhan ringgit mampu naikkan inflasi

today20 October 2023

Background


PETALING JAYA – Kedudukan ringgit yang semakin menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) dikhuatiri mampu mencetuskan lonjakan inflasi dalam negara, terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan makanan.

Nilai ringgit menurun kepada paras 4.7635 berbanding AS$ semalam, paras terendahnya sejak Krisis Kewangan Asia pada 1998 selepas berlegar di sekitar 4.72 dan 4.73 bulan ini.

Menurut Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, impak yang paling dibimbangi daripada kejatuhan nilai ringgit pastinya adalah risiko kenaikan inflasi makanan, memandangkan Malaysia banyak mengimport barangan tersebut.

“Bukan semua barangan makanan disediakan subsidi oleh kerajaan dan sekiranya ini berlaku, yang paling terjejas tentu­nya kumpulan yang berpendapatan rendah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Afzanizam menjelaskan, kejatuhan nilai ringgit banyak berpunca daripada faktor luaran dan bukannya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Dyche azam ‘senyapkan’ Anfield

Liverpool: Pengurus Everton, Sean Dyche mengakui pasukannya akan berdepan situasi kecoh apabila beraksi menentang musuh setempat, Liverpool, esok, namun beliau menegaskan The Toffees akan cuba ‘meredakan kebisingan’ itu dengan meraih kemenangan di Anfield.

today20 October 2023