PETALING JAYA – Sektor komoditi di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam menjadikan negara dikenali di peringkat antarabangsa.
Sebelum Merdeka lagi, industri berkaitan komoditi dilihat sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekali gus menjadi pemacu kepada pendapatan eksport yang terus bertambah setiap tahun tahun.
Ekosistem industri berkenaan telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya setelah terlibat dalam sektor industri hiliran dan juga huluan.
Lebih membanggakan, industri komoditi negara kekal berdaya saing dan menyumbang kepada pencapaian hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara ke-64 pada 31 Ogos, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Council, Malaysian Rubber Council dan Malaysian Timber Council telah menyediakan satu video mengisahkan tentang bagaimana komoditi menyumbang kepada negara dan membuat kita bangga menjadi warga negara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: