Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kejutan Di EPL, Aston Villa Kejar Rapat Untuk Tempat Ke UCL

today1 February 2024

Background


Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sememangnya penuh dengan kejutan dimana setiap pasukan bersaing hebat untuk kekal dalam liga ataupun cuba meraih tempat bagi beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dalam video kali ini, selain membincangkan tentang pasukan dalam EPL, kami juga mengumumkan sembilan pemenang mingguan bagi Liga Fantasy Vocket yang sedang berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Antara topik menarik yang kami bincangkan ialah Liverpool yang turun tanpa Mohamed Salah yang beraksi dalam temasya African Cup of Nations. Mampukah mereka kekal berada di tangga teratas tanpa kelibat pemain terbaik mereka?

Selain itu, kembalinya Kevin De Bruyne yang memberi impak positif terhadap prestasi Manchester City.

Sekiranya anda peminat tegar bola sepak khususnya EPL, anda boleh menonton video Borak Bola Vocket Liga Fantasy yang kami sediakan khas di saluran YouTube Vocket.

Written by: Dito


Previous post