Zulfaqar Aslam Zulkefli, membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukanlah alasan untuk menyerah dalam kehidupan.
Pemuda berusia 24 tahun ini baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan kini menjadi inspirasi kepada ribuan orang melalui kandungan motivasi di media sosial.
KEJAYAAN PEMPENGARUH OKU ZULFAQAR ASLAM BERI INSPIRASI

Dilahirkan dengan penyakit cerebral palsy, Zulfaqar tidak pernah menjadikan keadaan itu sebagai penghalang untuk menuntut ilmu. Sebaliknya, dia menjadikan cabaran itu sebagai pendorong untuk terus berjuang dan memberi inspirasi kepada orang lain.
“Melalui media sosial, saya hendak tunjuk kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu hidup berdikari, belajar, bekerja dan memberi inspirasi kepada orang lain. Saya mahu ubah persepsi bahawa kekurangan itu bukan kelemahan,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: