Site icon Kool FM

Kelahiran Bayi Di Malaysia Dilaporkan Menurun

KELAHIRAN BAYI


Kelahiran bayi di Malaysia pada suku pertama tahun 2024 dilaporkan semakin menurun sebanyak 9.4% berbanding suku pertama tahun 2023.

Jumlah pada tahun 2024 adalah sebanyak 106,386 manakala pada tahun 2023 pula sebanyak 117,413 direkodkan.

Baca juga: Perangai Anak Boleh Dipengaruhi Pada Waktu Lahir, Anak Ibu Lahir Pagi, Petang atau Malam?

KELAHIRAN BAYI DI MALAYSIA DILAPORKAN MENURUN

KELAHIRAN BAYI

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 orang setiap hari.

“Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran. Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus),” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Labuan mencatatkan jumlah kelahiran hidup terendah iaitu hanya sebanyak 323 kelahiran.

Usia ibu 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran tertinggi iaitu sebanyak 55,864 (52.5 peratus). Ibu berumur 20 hingga 29 tahun

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version