PETALING JAYA – Pengalaman bekerja adalah ‘universiti’ terbaik bagi seseorang usahawan untuk membina semangat, motivasi dan keyakinan diri serta pengetahuan untuk membina empayar perniagaannya bagi berdepan dengan pelbagai rintangan masa depan.
Tempoh 10 tahun berkhidmat dalam sebuah agensi pelancongan tempatan membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif Nuh Travel and Tours (Nuh Travel), Abdul Halim Aliumar cukup matang untuk melepaskan jawatan sebagai Pengurus Perkhidmatan Korporat dan nekad membuka perniagaan baharunya dengan bermodalkan RM300,000.
“Di fasa awal perniagaan saya perlu membina kekuatan untuk mencari pelanggan baharu tetapi saya rasa bersyukur kerana pelanggan lama di syarikat sebelum ini begitu setia menyokong saya sekali gus melanggan perkhidmatan yang kami tawarkan.
“Bermula di situ, kepercayaan dan keyakinan pelanggan telah membolehkan ia menjadi promosi dari mulut ke mulut untuk menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan khidmat syarikat kami,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: