Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Kelantan Gagal Daftar Pemain Asing Baharu Kerana Kelemahan Sendiri

today21 August 2023

Background
FAM Kelantan


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengenai kegagalan pasukan itu mendaftarkan pemain import baharu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Zamsaham yang membuat perkongsian kronologi berkenaan di laman Facebook miliknya mendakwa FAM sudah maklum mengenai masalah sistem TMS yang dihadapi Kelantan dari 27 Julai lalu.

“Apapun, saya hanya mahu pemain asing saya didaftarkan. Janganlah hanya ada orang yang tidak suka akan saya atau Kelantan FC, hak untuk mendaftar pemain baru di nafikan,” katanya.

FAM tampil menafikan segala tuduhan yang dilontarkan terhadap badan itu dengan memberi penjelasan mengenai kronologi perkara yang berlaku menerusi laman media sosial rasmi badan itu.

Menurut FAM, mereka telah sehabis baik cuba membantu kelab dari Pantai Timur itu dari segi proses dan rayuan terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post