Kerajaan negeri Kelantan menyerahkan sebuah rumah banglo bernilai lebih RM420,000 kepada Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, juara qari lelaki Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, September tahun lalu.
Penyerahan hadiah itu dibuat di Wadi Iman Eksklusif dekat sini, hari ini.
Muhammad Qayyim yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak lahir memberitahu, banglo itu menjadi hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah, saya sangat gembira menerima rumah ini dan ia merupakan satu rezeki ALLAH SWT,” katanya selepas Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 di sini pada Khamis.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, hadiah istimewa itu diberikan sebagai tanda penghargaan dan jasa beliau mengharumkan nama negeri Kelantan sekali gus memperkenalkan negara Malaysia di peringkat antarabangsa, petik Facebook Urus Setia Penerangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
