Site icon Kool FM

Kelantan Semakin Hampiri Kejuaraan MPFL Divisyen 2

Kelantan


Kelantan semakin menghampiri kejuaraan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 2 2024 apabila mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan selepas mengharungi lapan perlawanan liga.

Dengan kempen liga hanya berbaki tiga perlawanan sahaja lagi untuk ditamatkan, Kelantan yang dibimbing bekas pemain futsal kebangsaan, Muhamad Fadhil Yusoff memiliki kelebihan sembilan mata berbanding pencabar terdekat, Kedah.

Baca Juga:

Situasi yang menyaksikan Kelantan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk mengecapi nikmat selaku juara sulung bagi Divisyen 2.

Bagi kem Kelantan, kelibat dua pemain iaitu Ahmad Aqil Khalis Adli Khairuz dan Mohd Firdaus Amzar Ismail jelas mencuri tumpuan dengan kedua-duanya meledakkan lapan jaringan.

Setelah mengharungi lapan perlawanan, Kelantan jelas berada di kelas tersendiri dengan kemenangan bersih dimana mereka menundukkan ATM 4-1 pada aksi sulung dan kemudiannya menang 6-2 ke atas Pulau Pinang, Negeri Sembilan United…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version