Site icon Kool FM

Kelantan Tekad Tewaskan Kedah Untuk Dapatkan Gaji Penuh

Kelantan


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Perlawanan Liga Super 2023 antara Kedah Darul Aman (KDA) menentang Kelantan FC di Stadium Darul Aman malam ini dijangka berlangsung sengit kerana kedua-dua pasukan enggan kehilangan 3 mata penuh.

Ini merupakan perlawanan yang cukup penting bagi pemain Kelantan kerana kemenangan akan membantu mereka mendapatkan gaji penuh selepas dipotong sebanyak 50 peratus.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai ZamSaham sebelum ini menuntut para pemain mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya Liga Super musim ini sebagai syarat untuk mendapat gaji penuh.

Beliau berkata demikian kerana tidak puas hati dengan prestasi pasukan itu yang hanya mampu raih satu kemenangan selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Super.

Disebabkan itu, gaji pemain terpaksa dipotong 50 peratus sekaligus menimbulkan pelbagai kritikan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Jelas ZamSaham, beliau akan membayar gaji penuh dan juga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version