Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Dua jaringan disumbangkan Chanathip Songkrasin berjaya mencalarkan ego Vietnam selepas Thailand mencatatkan kemenangan 2-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.
Kemenangan itu bukan sahaja memberikan kelebihan buat Thailand menjelang aksi kedua pada Ahad nanti, malah ia telah meleburkan rekod tanpa kalah Vietnam ketika bertemu pasukan Asia Tenggara sejak dibimbing Park Hang-seo sejak 29 September 2017.
Aksi bertenaga ditampilkan skuad kendalian Alexandre Polking itu nyata memberikan kesukaran buat Vietnam untuk mempamerkan karakter sebenar mereka seperti kebiasaan terutamanya pada separuh masa pertama.
Jaringan pendahuluan menjelma seawal minit ke-14 apabila percubaan Chanathip yang cuba dihalang penjaga gol, Tran Nguyen Manh terkena semula kapten Thailand tersebut lalu bola bergolek masuk ke gawang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: