Kool FM

‘Keluang Man Tak Gagal, Ini Baru Permulaan Dunia Sinematik Lebih Besar’ – Astro Shaw


Sejak awal minggu ini ramai memperkatakan jumlah kutipan filem adiwira tempatan, Keluang Man.

Dengan kutipan cuma RM3.7 juta, warganet berasakan filem tersebut merupakan satu filem yang gagal selepas hampir sebulan ditayangkan di pawagam.

Baca Juga:

Bagaimanapun penerbit merasakan ia bukan satu kegagalan. Sebaliknya permulaan kepada pembinaan dunia sinematik lebih besar, petik Harian Metro.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menjelaskan filem itu tampil dengan pendekatan baharu yang memerlukan keberanian dari banyak sudut.

'Keluang Man Tak Gagal, Ini Baru Permulaan Dunia Sinematik Lebih Besar' – Astro Shaw
Sumber Gambar: NiagaTimes.com

“Kami akui bahawa sebagai filem pasca-moden pertama Malaysia, Keluang Man adalah berbeza dan memerlukan keberanian untuk memperkenalkannya kepada industri filem.

“Untuk Keluang Man, banyak elemen ‘pertama kali’ diperkenalkan dalam aspek produksi dan pemasaran filem tempatan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, perkara itu membuatkan mereka menilai semula penanda aras kejayaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version