Menerusi perkongsian di TikTok @kokshaf, kelihatan dia sedang menyediakan bekalan air minuman buat murid yang merentas desa.
Difahamkan, setiap tahun murid-murid sekolah akan melalui jalan di depan rumahnya untuk acara tersebut. Malah, menurutnya ini sudah masuk tahun ketiga dia menyediakan air secara percuma buat murid-murid tersebut agar mereka terus bersemangat.
Dapat dilihat juga mereka akan berhenti di depan rumahnya untuk mengambil air yang diberikan buat mereka. Air itu juga turut disediakan kepada guru dan petugas acar tersebut.
“Tahun ke 3 berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni. Kali ni sirap kita dah upgrade ke air kotak,” tulisnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: